KURIKULUM UNIT PKK
RAMBU PKK
Anugerah Pesuruhjaya Negeri
Rambu Cemerlang Pengakap Kanak-Kanak

 
 Lencana Keahlian


LENCANA WAJIB ( Pilih Satu )

LENCANA
PENUNGGANG BASIKAL



LENCANA
PENUNGGANG BASIKAL
1. Berinteraksi dengan Penilai (Pemimpin) mengenai undang-undang jalanraya  dan peraturan berbasikal.
2. Mengetahui dan mengamalkan 10 peraturan semasa menunggang basikal.
3. Menunjukkan cara memberikan isyarat tangan semasa berbasikal.
4. Perkara-perkara yang menyebabkan kemalangan semasa berbasikal.
5. Menjaga basikal seperti:-
a) membaiki kerosakan kecil
b) membubuh gris pada komponen yang memerlukan.
c) menjaga kebersihan basikal.
d) menukar lampu yang tosak.
e) menukar getah brek.
f) mengetahui nama bahagian basikal.
6. Mengetahui 10 isyarat jalan raya seperti:-
a) berhenti di simpang jalan.
b) dilarang masuk
c) lampu isyarat di hadapan.
d) lampu merah,lampu kuning,lampu hijau (maksud warna)
e) ikut arah ini.
f) hospital
g) telefon awam
h) dan lain-lain.
7. Menunggang basikal dengan diperhatikan oleh Pemimpin (penilai) serta menguji mengenai peraturan jalan raya, isyarat tangan dan lain-lain.


LENCANA
AHLI RENANG


LENCANA
AHLI RENANG
1. Mengetahui peraturan keselamatan di air (teori)
2. Menunjukkan kepada Pemimpin (Penilai) kemahiran berenang seperti:-(teori)
a) keselamatan diri di dalam air.
b) cara timbul tenggelam.
c) cara tarik dan hembus nafas.
d) menahan nafas.
    ATAU
a) cara luncur / meniarap / tendang / keribas / cara gaya rangkak tangan di lutut/tangan di atas kepala / gerakan tangan /tendang rejang  (teori)
3. Cara junam / terjun kaki lurus /junam depan layang (teori)
4. Cara gerakan kaki / gerakan tangan / kordinasi tangan kaki /kuak dada(teori)
5. Berenang dengan tidak berhenti-henti sejauh 30 meter. (  berenang di dalam air aras pinggang)
6. Berenang mengapar menimbulkan diri,berenang cara terlentang atau cara-cara lain. 
( berenang di dalam air aras pinggang)

(Nota: Latihan/Ujian ini mesti dijalankan di bawah pengawasan orang dewasa.)


 


LENCANA KEMAJUAN KERIS GANGSA

LENCANA
KERIS GANGSA






LENCANA
KERIS GANGSA
KESETIAAN
1. Menyanyi & cara menghormati semasa menyanyi Lagu Kebangsaan.
  2. Mengenal Bendera Malaysia /Negeri.
  3. Lambang Pengakap Dunia.
  4. Cogankata Pengakap Kanak-Kanak.
  5. Pengertian Rukunegara
  6. Mengetahui nama Pembesar Negara.
  7. Persetiaan & Undang-Undang Pengakap.
  8. Mengenali:-
      - Kuasa Penganjur (Guru Besar)
      - Pemimpin & Penolong Pemimpin sekollah sendiri.
  9. Sejarah ringkas  perkembangan Pengakap di sekolah sendiri.
  10. Agama yang dianuti di Malaysia.Tempat ibadat di kawasan sendiri.
  11. Nilai beragama mengikut agama sendiri.


KESIHATAN & KESELAMATAN
1. Kepengingan kesihatan & kebersihan diri sendiri.
  - membersih gigi / sebab kerosakan gigi / merawat kerosakan gigi / mengerat kuku / memlihara rambut, tangan, kaki / sistem pernafasan.
  2. Cara membersih bilik mandi & tangas.
  3. Cara pelupusan sampah
  4. Kebersihan air minuman
  5. Pencegahan keracunan makanan.
  6. Pentingnya memakai kasut & selipar.
  7. Cara menjaga kasut.
  8. Mengenali jenis penyakit kulit yang berjangkit.
  9. Bahaya bermain alat tajam seperti pisau/ pisau mata cukur .
10. Bahaya bermain bahan letupan seperti mercun,meriam buluh,bunga api dll.
11. Cara mendapat bantuan untuk hal-hal kecemasan.
12. Alamat dan Nombor telefon :
       - Balai Polis / Balai Bomba / Hospital // Doktor / tempat bekerja ibu bapa /
         keluarga / rakan sebaya yang tinggal berdekatan.
13. Peraturan jalanraya.
14. Cara melintas jalanraya.
15. Keselamatan di stesen bas / lampu isyarat / berjalan di jejantas & terowong
       dan lain-lain lintasan.
16. Kemalangan jalanraya yang membabitkan penunggang basikal.
17. Mengenal isi peti pertolongan cemas.


KECEKAPAN
1. Latihan asas perbarisan.
2. Kemhiran asas dalam permainan berpasukan seperti bolasepak /bolajaring dll.
3. Cara meraut kayu dengan pisau lipat.
4. Cara mengasah pisau lipat , menyapu minyak, menyimpan pisau.
( Pengakap kanak-kanak hanya dibenarkan menggunakan pisau lipat dengan kebenaran Pemimpin.)
5. Mengetahui kedudukan tempat-tempat penting di Daerah sendiri.
6. Cara memakai & menjaga pakaian seragam Pengakap.
7. Cara memasang lencana.
8. Mengetahui isyarat  sulit Pengakap.
9. Cara mengikat tali kasut.
10. Tahu mengikat simpulan "BUKU SILA"


PENYERTAAN
PILIH DUA (2) AKTIVITI DI BAWAH
  1. Menanam pokok bunga .Kaji kesuburan pokok dan buat catatan.
  2. Cara penyuburan pokok seperti pembajaan.
  3. Membuat batas dan menanam pokok bunga.
  4.Membantu ibu bapa atau guru dalam aktiviti memelihara pokok-pokok
     bunga dan keceriaan sekolah.


PERKHDIMATAN
PILIH SATU (1) AKTIVITI DI BAWAH
  1. Memelihara seekor haiwan kesayangan dan mengetahui cara-cara  penjagaannya.
  2. Mengetahui bagaimana peladang menternak binatang.

 


LENCANA KEGEMARAN ( Pilih Dua)


LENCANA
KOLEKSI HOBI
Memungut dan mengumpulkan benda-benda sebagai hobinya dengan kemas dalam tempoh 3 bulan.
Pilih satu (1) sahaja dari senarai berikut:-
1. Lima  jenis setem Malaysia.
2. Berbagai jenis tumbuh-tumbuhan,bunga,buah-buahan dll.
3. 20 sampul surat keluaran hari pertama Pos Malaysia.
4. Pelbagai bentuk (jenis) pensil dan logonya.
5. Berbagai jenis bunga yang dikeringkan.
6. Berbagai contoh batu-batan.
7. Berbagai jenis botol dan penutupnya.
8. Wang kertas dan / atau wang syling
9. Pelbagai kotak macis api.
10. Pelbagai jenis rantai kunci.
11. Lencana-Lencana Pengakap.

LENCANA
PELADANG KECIL
Pilih  ENAM sahaja dari aktiviti di bawah.
 2. Menyediakan batas untuk ditanam sayur-sayuran.
3. Cara menjaga tanam-tanaman
4. Membuat junjung untuk tanaman sayur.
5. Menaman atau menjaga tanaman buah-buahan
6. Menanam atau menjaga tanaman jenis ubi.
7. Membela 10 ekor ayam
8. Memelihara 10 ekor ikan air tawar.
9. Telah membantu atau membela haiwan ternakan.
10. Catatan ke dalam buku log mengenai ceramah pertaniah yang telah dihadiri.

LENCANA
PEMBACA BUKU
 1. Telah membaca 8 buah buku dan tahu perkara-perkara berikut:-
a) Prosa tradisional.
b) Prosa moden
c) Puisi tradisional
d) Puisi moden
2. Boleh membaca dengan cekap.
3. Membuat kritikan perkara yang dibaca.
4. Menterjemah petikan secara lisan atau bertulis
5. Menghuraikan maksud petikan - ungkapan - peribahasa
6. Membuat penilaian bertulis mengenasi sebuah buku yang dibaca.
7. Cara penggunaan kamus, dan ensaiklopedia.
8. Menjadi ahli perpustakaan sekolah.

LENCANA
AHLI KRAFTANGAN
1. Mengetahui asas kraf tradisional seperti kelarai mata bilis/kelarai siku keluang.
    (Boleh diubah mengikut keadaan setempat pengakap itu) 
2. Membuat woggle dari bahan seperti di bawah:-
    kulit / buluh / kain sulaman / tali nylon / plastik /dan lain-lain bahan.(pilih 1 sahaja)
3. Membuat penanda buku (book mark) dari bahan pilihan sendiri.
4. Membuat satu atau dua benda yang boleh digunakan di rumah dari
     bahan seperti logam / buluh / tempurung / rotan / lidi / dll.
5. Rekaan:-
                     a) rekaan untuk kegunaan seperti sampul surat / beg / buku / dll
                     b) rekaan seperti topeng / sarung kepala / dll.
                    c) rekaan alat permainan seperti kapal / burung / bunga / dll.
                    d) satu anyaman dari daun kelapa/ daun pandan/ rafia/ dll.

LENCANA
AHLI PELUKIS
Pilih 5 dari 8 bahagian berikut.No.1 dan 7 mesti dibuat.
1. Melukis dihadapan pemeriksa/penilai satu gambaran dari cerita rimba (The Jungle Book).Bahan bebas.
Akela -  Baagherra - Baloo - Adik Kelabu - Mowgli - Mysa - Shere Khhan - Banderlog - Buldeo - Jakala - Sahi - Hathi - Kaa - Tabaqui - Messua - WWhite Blood.
2. Melukis pelangi dan namakan warna pelangi.
3. Mengetahui warna primary / warna secondary.
4. Pengadunan warna cecair.
5. Melukis satu peristiwa. Bahan bebas.
7. Membuat kad ucapan yang menggambarkan satu perayaan.
8. PILIH SATU
a) Lukisan corak dari bahan terbuang.
b) Membentuk dan membuat binaan dari bahan terbuang.
c) Kraf tradisional.
9. Koleksi lukisan dari akhbar / majalah

LENCANA
AHLI PENGHIBUR
1. Memainkan tiga lagu dengan alat muzik.(bebas)
a) Lagu kanak-kanak, lagu jenaka ,lagu asli , lagi patriotik.
b) Lagu tradisi masyarakat.
c) Lagu tarian asli
d) Lagu Pengakap.
2. Menyanyi 2 buah lagu - Lagu patriotik  / Lagu Pengakap.
3. Mengajar 2 buah lagu dan 2 tarian kepada sekawan pengakap.
4. Mengambil bahagian dalam satu tarian tradisional atau taridra.
5. Penggunaan alat perakam (audio & video)
6. Berkebolehan menjadi pengacara satu persembahan.
7. Bermain dua jenis alat musik.

 
 


LENCANA KEMAJUAN KERIS PERAK

LENCANA
KERIS PERAK






LENCANA
KERIS PERAK
KESETIAAN
1.  Menyanyi Lagu Kebangsaan dan Lagu Negeri Perak.(individu atau berkumpulan.
2.  Mengetahui lambang dalam Bendera Malaysia /Bendera Negeri Perak.
3.  Cara melipat bendera.
4.  Melukis Bendera Malaysia / Bendera Negeri Perak.
5.  Mengetahui nama Pembesar Negara / Negeri.
6.  Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap.
7.  Mengenali:-
a) Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kerian.
b) Penolong Pesuruhjaya Pengakap Kanak-Kanak.
8. Sejarah ringkas perkembangan Pengakap.
9.  Tokoh Pengakap di Daerah Kerian.
10.  Mengetahui rukun agama mengikut Agama yang dianuti. (Pengakap Beragama Islam:-)
a) Azan dan Iqamah
b) Doa selepas wudhuk/ doa selepas sembahyang
c) Peratuan sembahyang jemaah fardhu Jumaat.


KESIHATAN & KESELAMATAN
1. Amalan kebersihan diri,rumah, mental dan persekitaraan.
2.  Sebab-sebab kulit melecur,mengelupas sebab cahaya matahari. Cara pencegahan.
3. Mengamalkan senaman.
4. Cara penafasan
5. Memberhentikan darah keluar dari hidung.
6. Rawatan penyakit kulit seperti kudis,puru,panau,kurap dan gatal-gatal.
7. Cara membalut jari yang melecur.
8. Bahaya letrik dan gas.Cara menggunakan alat letrik & gas.
9. Bahaya memakan/menggunakan ubat tanpa nasihat doktor.
10. Isi kandungan peti rawatan kecemasan.


KECEKAPAN
1. Asas perbarisan / kawad kaki : ke belakang pusing / buka barisan/tutup barisan.
2.  Ikatan  buku sila / bunga geti  / simpul sentak.
3. Memasang dan mengibarkan bendera.
4. Menurunkan bendera.
5. Latihan asas bermain bola tampar ATAU kemahiran asas permainan pasukan.
6. Panjat tali setinggi 5 meter
7. Kemahiran renang (di bawah pengawasan Pemimpin /Orang dewasa) ATAU
8. Menjalankan satu tugas di Pejabat Pos / Balai Bomba / Klinik /Balai Polis dan lain-lain.


PENYERTAAN
1.  Mengetahui sifat 5 jenis burung.
2. Catatkan nama burung yang dilihat setiap minggu.
3. Memerhati bagaimana burung membina sarang.
4. Menyediakan tempat makan & minum burung.
5. Keperluan untuk tumbuhan/pokok hidup.
6. Menanam tomato,lada dll dalam kotak atau pasu.
7. Mengetahui mengenai pembajaan, siraman dan penjagaan tanaman.
8. Kepentingan memakan makanan yang bersih.
9. Bahaya bahan makanan yang tercemar.
10. Senaraikan 4 jenis makanan yang diperlukan oleh tubuh manusia seperti:- 
karbohidrat / protein / vitamin / garam galian.
11. Kepentingan makanan seimbang.
12. Cara menghias meja, mencuci pinggang mangkok serta kebersihan dapur.
13. Penggunaan komputer.
14. Cara menggunakan telefon awam.
15. Mengamalkan menyimpan wang di bank.
16. Mengambil bahagian dalam satu kumpulan tarian / nasyid dll.


PERKHDIMATAN
1. Mengumpul pakaian & barang permainan terpakai untuk dihadiahkan kepada yang memerlukan.
2. Mengetahui cara menggunakan TV / telefon / radio / wisel.
3. Mendengar ceramah seperti ceramah kesihatan / ceramah kebombaan / polis dan lain-lain.
4. Mengetahui doa ringkas.
5. Menjimatkan wang saku yang diberi oleh ibubapa.

 
 


LENCANA PENGETAHUAN ( Pilih Dua )


LENCANA
AHLI PEMBACA PETA
1. Melukis mata angin (8 arah) dan menunjukkan arah kedudukan mata angin dengan berpandukan arah matahari terbit dan terbenam.
ATAU
   Melukis mata angin (16 arah) dengan menunjukkan arah mata angin utama pada kompas.Mengetahui arah mata angin dengan berpandukan arah utara.
2. Melukis petunjuk dengan menggunakan simbol pada peta:-
(a) Jalan raya (b) Jalan keretapi (c) kawasn tinggi (d) bangunan (e) sungai/tali air (f) kawasan ladang.
3. Melukis sebuah peta kasar sekitar tempat kediaman pengakap, lengkap dengan petunjuk
4. Melukis dengan menggunakan alat geometri : sudut 75 / 25 / 120 / 245 darjah.
5. Berjalan kaki sejauh 5 km bersama pek di kawasan luar bandar.Membuat laporan perjalanan dan peta lakar.

LENCANA
AHLI PERMAINAN
1. Mengetahui undang-undang 2 jenis permainan.
2. Boleh bermain dalam 2 jenis permainan berpasukan.
3. Mengambil bahagian dalam permainan di peringkat sekolah/daerah/negeri.
4. Mengetahui cara menjaga dan menyimpan alat permainan.
5. Cara membersihkan badan setelah bermain.
6. Boleh mengelolakan latihan satu jenis permainan.

LENCANA
AHLI SAINS
Pilih 4 sahaja dari senarai di bawah:-
1. Menunjukkan kepada penilai satu ujikaji mengenai api yang menyala memerlukan udara.
2. Membuat pelangi tiruan dengan memecahkan cahaya yang mengandungi spectra.
3. Menyambung litar letrik dengan menggunakan bateri.Mengawal aliran arus denga suis.
4. Membuat lubang kamera halus dan menerangkan mengapa imej terbalik.
5. Membuat teropong intip dengan menggunakan 2 cermin.
6. Membuat elektro- magnet ( guna kuasa bateri)
7. Membuat teropong besar dengan menggunakan dua keping cermin kanta lensa.
8. Menunjukkan bagaimana berlaku tekanan udara dan air.

LENCANA
AHLI PECINTA 
ALAM SEMULAJADI
1. Menyimpan catatan harian selama empat bulan,salah SATU dari perkara berikut:
(a) tumbuhan-tumbuhan (b) kehidupan burung (c) kehidupan di tepi pantai,perigi,kolam,sungai (d) pelbagai jenis batu fosil (e) kupu-kupu,rama-rama,lain-lain serangga (f) kawan dan musuh tanaman (g) rumput-rampai,paku-pakis dll.
2. Mengambil bahagian dalam satu aktiviti berjalan dan mengkaji perkara-perkara dengan alam semulajadi.
3. Memelihara binatang belaan/ternakan selama 3 bulan.
4. Mengambil bahagian dalam SATU projek seperti di bawah.
(a) Membersih tempat perkelahan,tepi jalan,pantai,tepian tasik dll.
(b) Menanam pokok hiasan /rimbun di sekitar rumah atau sekolah
(c) Membersih kawasan rumah atau sekolah
(d) Membuat carta cuaca selama 2 bulan
(e) Membuat catatan mengenai pencemaran alam sekitar.

LENCANA
AHLI PEMELIHARAAN
ALAM SEKITAR
Lakukan / sempurnakan 6 dari 9 perkara seperti senarai di bawah.
1. Lakukan satu (1) dari berikut:-
(a) Menerangkan kepada penilai apakah yang dimaksudkan dengan 'alam sekitar'
(b) Apakah yang dikatakan kitaran oksigen.
(c) Apakah yang dikatakan kitaran air.
2. Lampirkan ke dalam buku log rajah / gambar mengenai cahaya/ air / udara / mineral / tumbuhan / haiwan / yang menghasilkan makanan untuk manusia.
3 (a) Senaraikan nama benda yang ditemui semasa xpdc seperti benda-benda hidup / haiwan/ tumbuh-tumbuhan ke dalam buku log.
(b) Semasa aktiviti 'nature walk' catatkan ke dalam buku log, tumbuh-tumbuhan yang ditemui seperti pokok saka dll.Lampirkan daun yang dipungut.
(c) Semasa ' nature walk' catatkan ke dalam buku log binatang / burung / serangga / moluksa yang ditemui.
4. Menerangkan kejadian hujan. Menyediakan satu carta cuaca. Kesan pencemaran udara.
5. Menerangkan kepada Penilai, 6 perkara yang dipetik dari akhbar / majalah / berita / mengenai masalah manusia dan pencemaran alam sekitar.
6. Catat ke dalam buku log  mengenai kajian mengenai:-
(a) pembuangan bahan sisi kilang
(b) pembuangan sampah-sarap
(c) pembuangan bangkai haiwan
(d) pembuangan atau tumbahan minyak.
7. Melakukan lawatan bersama pemimpin untuk menyiasat / mengkaji keadaan air yang berhampiran dengan kilang / air sungai / jeram. 
Kajian meliputi:-
(a) jenis kotoran dan keadaan air.
(b) kehidupan di air yang ditemui
(c) keadaan alam sekitar di kawasan itu.
8. Mengambil bahagian dalam satu aktiviti pemeliharaan alam sekitar.
9. Catatan ke dalam buku log berkaitan dengan pencegahan pencemaran alam sekitar.

LENCANA
AHLI PENGEMBARA
1. Menerangkan kepada Pemeriksa,persediaan untuk mengambara sehari.
2. Mengambil bahagian dalam pengembaraan Pengakap-Kanak-Kanak.
3. Membuat tempat perlindungan dari bahan persekitraan.
4. Menghidupkan api di luar
5. Merintis jalan dengan menggunakan isyarat pengakap.
6. Cara mengisi beg rucksack.
7. Mendirikan khemah ringkas untuk berteduh.
8. Mengetahui undang-undang jalanraya.

LENCANA
AHLI OLAHRAGA
1. Mengetahui apakah MSSD /MSSM/SUKMA/MSN.Terangkan secara ringkas mengenai majlis ini ditubuhkan.
2. Melakukan 6 jenis latihan kesegaran tubuh badan.
3. Membuat buku skrap mengenai perkembangan sukan di peringkat Daerah dan Negeri.
4. Mengetahui jenis makanan yang membina kesihatan.
5. Mengambil bahagian dalam tiga  acara sukan.
(a) Lari 100m / 200 m
(b) Lompat tinggi / jauh

 
 


LENCANA PERKHIDMATAN ( Pilih Dua )


LENCANA
AHLI PERTOLONGAN
CEMAS
1. Mengetahui isi kandungan peti pertolongan cemas.
2. Mustahaknya mendapat bantuan orang dewasa untuk rawatan kecemasan.
3. Mengetahui cara memberi bantuan kepada mangsa kemalangan.
4. Memberhentikan darah mengalir dari hidung.
5. Mengetahui 5 tempat nadi terpenting dan tahu cara menahan darah mengalir.
6. Mencuci dan membalut luka kecil.
7. Tahu membuat anduh mudah.
8. Cara memadamkan pakaian yang terbakar.
9. Merawat kulit yang terbakar atau melecur.
10. Cara mengubati gigitan serangga.
11. Cara menolong orang pengsan / pitam.
12. Cara memanggil bantuan kecemasan.

LENCANA
AHLI PEKERJA AM
Pilih 8 dari bidang-bidang berikut:-
1.Mencuci kenderaan,dengan tunjuk ajar oleh orang dewasa.
2. Membantu menukar tayar basikal.
3. Boleh menukar mentol lampu basikal / menegangkan rantai
4. Tahu menggunakan dan menjaga alat-alat pertukangan seperti tukul,gergaji,spana,pelayar dll.
5. Membuat alat permainan kanak-kanak dari kayu.
6. Cara mengasah pisau.
7. Menjahit butang baju/seluar.Menjahit lencana pengakap pada baju.
8. Menggosok alat tembaga,mencuci rumah,membersih kawasan rumah.
9. Mengecat pada permukaan yang tegak.Mencuci berus cat setelah digunakan.
10.Membasuh dan menggosok baju.
11. Membersih alat perkebunan.
12. Menyusun atur alat pertukangan dan alat perkebunan.

LENCANA
AHLI PENGURUS
RUMAH
1. Menyediakan satu jenis minuman panas .Cara menghidangkannya.
2. Menyediakan satu jenis minuman sejuk.
3. Menyediakan sup ringkas atau menggoreng telur,merebus telur.
4. Memasak nasi, bubur atau nasi goreng untuk dua orang.
5. Menggoreng ikan,udang,sardin keledek ,pisang,tauhu untuk dua orang
6. Mencuci pinggan-mangkuk dan periuk-belanga.
7. Mengemas dan membersih bilik tidur.
8. Mencuci pakaian sendiri.

LENCANA
AHLI PENYELAMAT
NYAWA
(Pengawasan Pemimpin / Orang dewasa diperlukan)

1. Pemegang lencana ahli renang.
2. Menunjukkan cara terjun ke air dengan cara luncur meniarap dan tendang keribas dan berenang sejauh 50 m. 
3. Menunjukkan cara berenang gaya tangan di atas kepala,rangkaian meniarap,kuak dada di dalam air.
4. Menunjukkan cara membantu mangsa lemas dengan cara:-
(a) Memegang rambut dari belakang.
(b) Mengangkat kepala dari belakang.
(c) Memegang baju.
(d) Menyelamat menggunakan tali.
(e) Melontar tali / kayu pendayung / sebarang kayu.
5. Menunjukkan cara pemulihan nafas.
6. Cara menyelamat akibat kebocoran paip /tangki gas beracun.
7. Mengetahui cara  menyelamat dari api.Cara memecah kaca penggera kebakaran.


 
 


LENCANA KEMAJUAN KERIS EMAS

LENCANA
KERIS EMAS






LENCANA
KERIS EMAS
KESETIAAN
1. Menyanyi 2 lagu patriotik
2. Mengenali Jata Negara dan Negeri Kelantan
3. Cara melipat bendera.
4. Tunjuk ajar kepada pengakap yang akan menduduki ujian Lencana Keris Perak.
5. Mengetahui nama:-
a) Pegawai Daerah
b) Pegawai Pendidikan Daerah
c) Penghulu / Ketua Kampung
d) Wakil rakyat / wakil ahli undangan negeri di Kerian.
6. Mengetahui Nama Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kelantan.
7. Mengetahui Nama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.
8. Mengamalkan rukun agama masing-masing.
9. Mengambil bahagian dalam sambutan Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Agong/DYMM Sultan Negeri Kelantan.
10. Mengambil bahagian dalam sambutan:-
a) Hari Pengakap Sedunia
b) Hari Ibu / Hari Bapa / Hari Guru / Hari Kanak-Kanak dll.


KESIHATAN & KESELAMATAN
1.  Lapan cara hidup sihat
2. Cara merawat selsema & cara pencegahan.
3. Maksud pertolongan cemas./ Bagaimana mendapat bantuan kecemasan seperti bomba / ambulan / hospital / klinik / melalui telefon.
4. Keperluan peti pertolongan cemas.
5. Jenis balutan untuk jari,tangan,pebalut segi tiga, anduh .
6. Cara mengikat anduh menggunakan ikatan BUKU SILA.
7. Keselamatan di dalam air.(Latihan di bawah pengawasan Pemimpin)
8. Cara berenang seperti meluncur,meniarap,tendang keribas.(Latihan di bawah pengawasan Pemimpin)
9. Mengumpul bahan maklumat seperti keratan akhbar & majalah.
10. Mengumpul keratan/catatan mengenai tajuk:- bahaya dadah / bahaya merokok atau keracunan makanan.


KECEKAPAN
1. Asas perbarisan / kawad kaki : ke belakang pusing / buka barisan/tutup barisan.
2.  Ikatan  buku sila / bunga geti  / simpul sentak.
3. Memasang dan mengibarkan bendera.
4. Menurunkan bendera.
5. Latihan asas bermain bola tampar ATAU kemahiran asas permainan pasukan.
6. Panjat tali setinggi 5 meter
7. Kemahiran renang (di bawah pengawasan Pemimpin /Orang dewasa) ATAU
8. Menjalankan satu tugas di Pejabat Pos / Balai Bomba / Klinik /Balai Polis dan lain-lain.


PENYERTAAN
1. Sifat hidupan air dan mengenali 5 jenis nama ikan air masin & air tawar.
2. Mengetahui jenis umpan untuk memancing.
3. Cara menggunakan joran.
4. Menyatakan 5 jenis pokok hutan dan kegunaannya pada manusia.
5. Kitaran hidup sejenis pokok.
6. Mencara sampel (contoh) 3 jenis kayu untuk kegunaan membina bangunan.
7.  Pilih SATU  dari berikut:-
a) Membuat  kotak pertolongan cemas / kotak surat / kota menabung wang / yang dibuat dari bahan terbuang.
b) Membuat patung puppet bertali yang boleh digerakkan.
c) Membuat layang-layang yang boleh terbang.
d) Boleh membaiki satu jenis alat permainan yang menggunakan bateri.
8. Pilih DUA bahagian dari Jadual di bawah.

a) Membuat mini zoo serangga seperti semut / belalang / kupu-pupu / (pilih 2 sahaja) Pemerhatian selama 3 bulan dan membuat kajian serangga itu.Kajian dicatat ke dalam buku log.
b) Menyediakan akuarium ikan atau terrarium tumbuhan dan mengkaji peringkat kehidupan selama 3 bulan.Kajian dicatat ke dalam buku log.
c) Melawat ke muzium dan mengkaji hidupan alam. (Nature study) ATAU Melawat ke pusat sains/ zoo dan mencatat apa yang ada.(Lawatan di buat bersama Pemimpin atau Ibubapa)
9. Menyanyi SATU lagu berirama tradisi seperti lagu Rasa Sayang dll.
10. Menyanyi SATU lagu rakyat seperti Nasyid,Boria,Ghazal,Dikir Barat,Dondang Sayang.
11. Menyanyi dua lagu Pengakap.
12. Berlakon satu babak cerita pendek.
13. Menari satu tarian nasional.



PERKHDIMATAN
1. Bersama dengan Pemimpin dan Pek, menjalankan aktiviti masyarakat seperti membersih kawasan rumah / kawasan sekolah / rumah ibadat / kawasan awam.
2. Membantu keluarga dan Ibubapa di rumah.
3. Membantu sahabat dalam kesusahan, kesedihan, kemalangan.
4. Membantu Pemimpin.
5. Melukis peta kasar kawasan tempat tinggal sendiri dengan menunjukkan tempat-tempat penting.

1