KUMPULAN 05 PASIR PUTEH
SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR PUTEH (LELAKI)
16800 PASIR PUTEH, KELANTAN


Kumpulan Anak Serigala SKPPL
Pada 22 Februari 1968
Kumpulan Pengakap Kanak-Kanak SKPPL
Pada 22 Februari 2001

 
PENGENALAN
Pergerakan Pengakap Kanak-kanak merupakan salah satu badan beruniform (berpakaian seragam) yang giat bergerak di negara ini. Salah satu cabang dalam pergerakan ini ialah Pengakap Kanak-kanak. Pengakap Kanak-kanak mengandungi ahli-ahli yang berumur antara (8) lapan tahun hingga (12) dua belas tahun (murid-murid sekolah rendah).
               Pergerakan Pengakap Kanak-kanak menjadi salah satu gerakerja kumpulan yang memberi khidmat kepada sekolah dan masyarakat. Di bawah program KBSR Pergerakan Pengakap Kanak-kanak telah dipilih sebagai salah satu gerakerja kokurikulum yang diwajibkan di semua sekolah rendah. Ini disebabkan ianya didapati amat sesuai dijalankan oleh murid-murid pada peringkat ini.
               Pergerakan Pengakap Kanak-kanak merupakan satu cara didikan yang boleh dijalankan di dalam dan di luar sekolah. Aktiviti Pergerakan Pengakap Kanak-kanak mudah diikuti dan menarik minat murid-murid. Di samping itu, ia dapat pula menyemaikan sifat-sifat kepemimpinan, bekerjasama, tolong-menolong dan sedia berkhidmat di kalangan mereka. 
MATLAMAT PENGAKAP KANAK-KANAK
Mengembangkan kebolehan mental, minat, bakat serta perkembangan rohani dan jasmani mereka;
Mengukuh dan memperkayakan pengalaman yang dipelajari di dalam bilik darjah;
Menyediakan mereka dalam proses penyesuaian bermasyarakat dengan cara memberi pengalaman untuk berhubung, bergaul dan bekerjasama;
Memaju dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran muri-murid dalam bidang-bidang tertentu;
Menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif di kalangan mereka selaras dengan hasrat Rukunegara;
Melatih murid mengisi masa lapang dengan gerakerja yang berfaedah di samping dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan diri mereka; dan
Menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dan memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat.


JAWATANKUASA KUMPULAN

KUASA PENGANJUR En. Mah Dahwi bin Ya (Guru Besar)
PENGERUSI Pn. Hjh. Ruhani bt. Che Mat (PKKO)
PEMIMPIN En. Zuhaidin bin Zahari
PENOLONG PEMIMPIN Pn. Hasniza bt. Hassan
En. Shaifull Nazre bin Nawi
Pn. Hjh. Puziah bt. Mahmood
Pn. Farha bt. Yaacob
En. Syaiful Azuan bin Mohamed Noor
En. Ahmad bin Junoh
En. Mohd. Aseri bin Mustafa


KEPIMPINAN PEMIMPIN

EN. ZUHAIDIN B. ZAHARI
(Pemimpin Kumpulan)
Kursus Manikayu IVA ~ 
Kursus Manikayu III ~ 
Kursus Manikayu II ~ 
Kursus Manikayu I ~ 
EN. SYAIFUL AZUAN B. MOHAMED NOOR
(Pen.Pemimpin)
Pen. Pesuruhjaya Pengakap Daerah (PKK) 2004 - sekarang
Anugerah Ketua Pengakap Negara pada 2003
Pen. Pesuruhjaya Pengakap Daerah (Sumber) 1998 - 2003
Ahli Pasukan Latihan Pengakap Daerah (PLD) 1996 - sekarang
Kursus Penolong Jurulatih Kebangsaan (CALT)
Pemegang 2 Manikayu PKK
Kursus Kepimpinan Unit ~ Kem Kijang, Kelantan
Kursus Manikayu V ~ Penilaian - SJKC Kai Chih
Kursus Manikayu IVB ~ Tesis (Perkhemahan)
Kursus Manikayu IVA ~ Ayer Keroh, Melaka
Kursus Manikayu III ~ SK Labu Ulu, Batu 8 Seremban.
Kursus Manikayu II ~ Kem Sardon Jubir
Kursus Manikayu I ~ MPRM - Seremban
EN. SHAIFULL NAZRE B. NAWI
(Pen.Pemimpin)
Penguji Pengakap Muda - sekarang
Ahli Pasukan Latihan Pengakap Daerah (PLD) 1999 - sekarang
Kursus Manikayu IVA ~ Kem Kijang, Kelantan 
Kursus Manikayu III ~ SK Ara Rendang, Kepala Batas, P.Pinang
Kursus Manikayu II ~ MPTB, Bukit Mertajam, P.Pinang
Kursus Manikayu I ~ Tmn.Rekreasi JPS,Seberang Prai
EN. AHMAD BIN JUNOH
(Pen.Pemimpin)
Kursus Manikayu IVA ~ SK Kempadang, Kuantan 
Kursus Manikayu III ~ SM Paya Besar, Kuantan
Kursus Manikayu II ~ SK Jaya Gading, Kuantan
Kursus Manikayu I ~ Pantai Batu Hitam, Beserah, Kuantan


KURIKULUM PENGAKAP KANAK-KANAK


Perlembagaan Pertubuhan Pengakap Kanak-kanak
Persetiaan / Undang-Undang / Laung Agung / Hormat Pengakap
Keterangan Logo Pengakap Malaysia dan Pengakap Dunia
Kurikulum Anugerah Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Rambu PKK)
Senarai Pemegang Anugerah Pesuruhjaya Negeri (Rambu PKK)
Sejarah Pergerakan Pengakap
Watak-watak Cerita Hutan
Koleksi Ikatan dan Simpulan
Koleksi Lagu-Lagu Pengakap
Koleksi Lencana
 


AKTIVITI-AKTIVITI PENGAKAP


Latihan Kawad Kaki sempena Korobori Kelantan Ke-4
Perkhemahan Agung Pengakap Jajahan Pasir Puteh 2002
Kempori Jubli Intan Pengakap Negeri Kelantan 2002
Perkhemahan Agung Pengakap Jajahan Pasir Puteh 2003
Jambori Pendidikan Khas Kebangsaan (JAMPEK) 2004
Panorama Pusat Latihan Pengakap Kebangsaan - Kem Kijang
 

ANTARA CADANGAN AKTIVITI UNIT PKK

Laung Agong
Persetiaan Pengakap
Undang-undang Pengakap
Kawat Asas
Istiadat Bendera
Simpulan dan Ikatan
Pertolongan Cemas
Isyarat Sulit Pengakap
Memasak 
Berkhemah secara Pengakap
Gajet-gajet Asas
Kembara/ Tracking

ANTARA AKTIVITI KHAS UNIT PKK

Kursus Ketua Enam Sekawan
Kursus Kemahiran Pengakap Kanak-Kanak
Kursus Lencana Keris
Kursus Ketua Petrol
Kursus Lencana Kemajuan
Pioneering Projek
Hari Pengakap Sedunia
Kempori / Korobori / Rovermoot / Jambori
 Indaba / Gillwell Union
Kursus-Kursus Kepimpinan Manikayu
Kursus Jurulatih ( CLT )
Kursus Penolong Jurulatih ( CALT )
Kursus Kemahiran Dan Teknik Untuk Pemimpin


1