|
prihatin - intelek - respon - komprehensif |
|
| <<< e-HISMAT | |
| Memorandum
Mahasiswa Negara Mendesak Penghapusan Kadar 4 Peratus Pembayaran
Balik Wang Pinjaman Mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta
daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Kepada : Y.B.
Tan Sri Dato’ Seri Musa Mohamad
Salinan kepada : S.S.
Dato’ Hj. Md. Hashim bin Hj Yahya
Ketua
Pengarah,
Y.
Bhg. Brig. Jen. (B) Dato’ Abd. Hamid Zainal Abidin.
Y.
Bhg. Dato’ Dr. Anuar Zaini bin Mohd Zain
Y.
Bhg. Dato’ Dr. Firdaus Hj Abdullah
Memorandum Mahasiswa Negara Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa Mohamad, Kami Mahasiswa Negara yang mewakili seluruh mahasiswa mendesak pihak Kerajaan supaya menghapuskan kadar 4 peratus pembayaran balik wang pinjaman mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Mahasiswa Negara dengan ini menegaskan bahawa Kerajaan Malaysia perlu menghapuskan kadar 4 peratus pembayaran balik wang pinjaman PTPTN kerana beberapa sebab-sebab yang dinyatakan di bawah : Pertama
:
Kedua
:
Ketiga
:
Keempat
:
Kelima
:
Di sini Mahasiswa Negara akan membawa beberepa hujah dan bukti kepada setiap sebab-sebab yang telah dinyatakan di atas. Pertama
:
Yang
Berbahagia Dato’ Mufti juga memaklumkan bahawa pihak PTPTN pernah menghantar
kertas kerja cadangan sistem pinjaman yang berkonsepkan sistem Pinjaman
Qardul Hasan kepada Jawatankuasa Panel Kajian Syariah Jabatan Kemajuan
Islam (JAKIM) yang dipengerusikan sendiri oleh S.S. Dato’ Mufti tetapi
kertas kerja tersebut ditolak atas alasan tidak bertepatan dengan konsep
pinjaman Islam Qardul Hasan dan mempunyai unsur
Kami mahasiswa negara amat kesal dengan sistem pinjaman yang diamalkan oleh PTPTN sekarang ini kerana ia adalah termasuk di dalam amalan riba al-Nasiah atau riba al-Qard yang telah diamalkan sejak zaman Arab Jahiliyah. Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menegaskan pengharaman riba di dalam al-Quran sebagaimana firmanNya yang bermaksud : “
Dan Allah telah menghalalkan berjual beli dan mengharamkan riba”
Baginda Rasulullah (SAW) juga telah menjelaskan lagi pengharaman riba dengan melaknat pengamal riba dan orang yang bersubahat dengan amalan riba di dalam sabdanya daripada Abdullah yang bermaksud: “Rasulullah
melaknat orang yang mengambil riba, memberi (membayar) riba,
Mahasiswa Negara cukup bimbang dengan dengan amaran keras Allah Ta’ala kepada pengamal riba sehingga Allah Ta’ala mengisytiharkan perang kepada pengamal riba sebagaimana firmanNya yang bermaksud : “
Wahai orang-orang yang beriman. Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkan
(jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang)
itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman. Oleh itu kalau kamu tidak
juga melakukan (perintah mengenai larangan riba) maka ketahuilah kamu ;
akan adanya peperangan dari Allah dan
Kedua
:
Untuk pengetahuan pihak Y.B. Tan Sri Dato’ Seri, di dalam surat perjanjian dan surat tawaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional telah dinyatakan bahawa “Pinjaman ini dikenakan kos pentadbiran sebanyak 4 peratus setahun.” Kami
Mahasiswa Negara telah mengadakan pertemuan dengan pihak PTPTN baru-baru
ini. Pihak PTPTN telah mengesahkan bahawa 4 peratus bukan merupakan
wang kos pentadbiran atau pengurusan. Ini adalah kerana kos pentadbiran
dan pengurusan adalah ditanggung dan dibiayai oleh Kerajaan Malaysia memandangkan
PTPTN adalah sebuah perbadanan milik Kerajaan Malaysia. Sebenarnya kadar
4 peratus setahun pembayaran tersebut
Maka ini membuktikan dakwaan Datuk Aziz Shamsuddin, Timbalan Menteri Pendidikan di dalam wawancara dengan salah sebuah stesen televisyen tempatan adalah tidak benar sama sekali. Di dalam wawancara yang tersebut yang disiarkan oleh Buletin 1.30 TV3 pada 17 Januari yang lalu beliau menyatakan bahawa 4 peratus dalam PTPTN adalah kos perkhidmatan. Begitu juga pernyataan di dalam surat penawaran dan borang perjanjian PTPTN yang mengatakan bahawa 4 peratus sebagai kos perkhidmatan adalah suatu pembohongan semata-mata. Ketiga
:
Tindakan kerajaan mengenakan kadar faedah kepada peminjam di kalangan mahasiswa juga amat tidak wajar. Mahasiswa dan rakyat negara Malaysia seolah-olah tertindas dan dizalimi dengan terhapusnya sebahagian biasiswa. Bahkan telah diinaya dengan kadar faedah 4 peratus tersebut. Kerajaan Malaysia tidak perlu membangkitkan bahawa mahasiswa perlu menanggung kos pentadbiran dan perkhitmatan. Ini adalah kerana sudah menjadi tanggungjawab sosial pihak kerajaaan membiayai semua kos perbelanjaan PTPTN kerana ia adalah salah sebuah pertubuhan milik kerajaan. Keempat : Alasan kadar 4 peratus faedah yang dikenakan terhadap peminjam sebagai sumber pusingan modal bagi PTPTN adalah tidak munasabah. Mahasiswa Negara menyangkal kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Azizi Shamsuddin di dalam Buletin 1.30 TV3 pada 17 Januari yang lalu, bahawa 4 peratus kadar tambahan adalah sumber penting untuk pusingan modal PTPTN adalah tidak relevan. Ini adalah kerana wang pembayaran balik pinjaman PTPTN dengan tanpa kadar faedah 4 peratus tersebut sebenarnya sudah cukup sebagai pusingan modal PTPTN ditambah lagi dengan juga suntikan modal yang telah dibuat oleh Kerajaan Malaysia. Persoalan
besar yang perlu difikirkan bersama adalah kenapakah rakyat terpaksa menanggung
beban pusingan modal sedangkan kerajaanlah yang bertanggungjawab terhadap
modal pusingan badan kerajaan tersebut. Kerajaan merupakan penyuntik utama
modal bagi PTPTN dan kerajaan bertanggungjawab ke atas persoalan modal
dan pengurusan wang PTPTN. Rakyat tidak seharusnya terpaksa menanggung
beban kerajaan semata-mata
Kelima
:
Tindakan kerajaan jika masih meneruskan kadar 4 peratus yang mengandungi unsur riba yang diharamkan oleh Allah seolah-olah ingin mengheret sistem pendidikan dan seluruh penuntut di institusi pengajian tinggi ke arah dosa besar yang dilaknat oleh Allah. Tindakan ini juga menyebabkan kesucian dan kemurnian ssitem pendidikan terus dinodai oleh perkara yang haram. Justeru,
mahasiswa amat menentang keras kemasukan sebarang unsur amalan riba atau
amalan yang bertentangan dengan Islam ke dalam bidang pendidikan
di dalam negara. Kemasukan amalan riba di dalam urusan pinjaman dana pendidikan
amat bertentangan dengan prinsip Islam dan falsafah pendidikan negara kita.
Kewujudan amalan riba juga mencemarkan maruah sistem pendidikan negara
kita dan seolah-oleh mempermainkan Islam
Oleh
yang demikian Mahasiswa Negara ingin mencadangkan kepada pihak Y.B.
Tan Sri Dato’ Seri dan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengambil
beberapa tindakan seperti berikut :
1. Menghapuskan kadar 4 peratus tambahan bayaran balik pinjaman PTPTN serta tidak mengenakan sebarang bentuk bayaran tambahan kepada mahasiswa untuk membayar balik pinjaman PTPTN. 2. Pihak Kerajaan Malaysia hendaklah mengadakan perbincangan dengan S.S. Mufti Wilayah Persekutuan dan Majlis Fatwa dan Muzakarah Kebangsaan untuk mendapatkan fatwa rasmi berkenaan perkara tersebut. 3. Mengadakan dialog atau muzakarah antara Kementerian Pendidikan, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Majlis Fatwa dan Muzakarah Kebangsaan JAKIM, pihak Universiti serta para mahasiswa berkenaan isu ini. Oleh yang demikian, Mahasiswa Negara amatlah berharap agar pihak Y.B. Tan Sri Dato’ Seri mengambil tindakan sewajarnya terhadap memorandum ini demi kesejahteraan agama dan negara kita serta sistem pendidikan di dalam negara kita. Segala jasa baik dan kerjasama pihak Y.B. Tan Sri Dato’ Seri amatlah dihargai dan Mahasiswa Negera dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. “Mahasiswa Menuntut Perubahan dan Menentang Kezaliman” Yang
menjalankan amanah,
Mohd
Hafeez Abd Samad
Presiden
Presiden
Presiden
Presiden
Presiden
Presiden
Presiden
Presiden
Presiden
Presiden
Presiden
Presiden
Presiden
Presiden
Presiden
Presiden
Presiden
Presiden
Yang
Dipertua
Presiden
Presiden
Presiden
Presiden
Presiden
Mahasiswa Bukan Sahaja Pelajar, Tetapi Juga Pemikir...
|
|
| <<< e-HISMAT | |