Welcome to NUDA. Please Click to entre.
Sila ke laman rasmi NUDA di http://www.nudaatoph.com
    Latest news, projects and shows - Enter NUDA's Update.
Up Coming Show: 27.8.09
Dirgahayu Singapura - Anjakan Seni
DIRGAHAYU SINGAPURA

Dirgahayu Singapura! Raikan di The Arts House, sebuah acara Anjakan Seni adalah sambutan Nusa dan Antarabangsa (NUDA), sebuah pertubuhan seni bersempena dengan Hari Kemerdekaan Singapura yang ke-41.

Saksikan kehebatan kumpulan-kumpulan dikir mapan dan berpengalaman seperti Mak Yong Kedek, Ching Ching Ching, Hulubalang, Kelana Purba, Neng Nyno dan banyak lagi kumpulan berdebat dan mengetengahkan isu-isu nasional dan remaja.

Persembahan kreatif dan menghiburkan ini bakal berlangsung di The Chamber, dewan perdebatan Parlimen lama. Alami suasana yang berlainan apabila anda menyaksikan persembahan-persembahan menghiburkan ini.

Acara dikir akan berlangsung dari 10 pagi hingga 3 petang. Tiket berharga $10.

Selain itu, terdapat persembahan para pemenang pertandingan Dentaman Puisi baru-baru ini, di samping persembahan bakat muda, Didicazli selama sejam pada jam 5 petang.

Konsert eksklusif Syed Azmir, naib juara Anugerah 2005 secara empat mata bersama 200 penonton berlangsung pula pada 7.30 malam.

Syed Azmir bakal berkongsi pengalaman selama perjalanan beliau meniti kejayaan dan berinteraksi dengan para penonton secara dekat.

Kesemua acara ini akan diadakan pada Ahad 27 Ogos di The Arts House, bangunan Parlimen lama, sebuah perhentian untuk pecinta seni.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 6 559 9022
Pertanyaan /Tempahan Tiket
Mahu beli tiket
Tidak mahu beli tiket
1