Bab1 | Bab5

Sinopsis MARIA

Tajuk       : MARIA
Penulis     : Emine Senlikoglu
Terjemahan  : Ust Rofizi Dollah
Penerbit    : Badan Penerbitan, Persekutuan Melayu Republic Arab Mesir
Harga       : RM 13

   
Maria merupakan kisah benar yang diceritakan kembali kepada penulis
yang berasal dari Turki. Maria mengungkap kisah seorang gadis Jerman
bernama Mary(Maria) yang menghadapi konflik 3 penjuru antara Kristian (yang
dianuti oleh diri dan ibunya), Aties (ideologi yang dipegang oleh ayah,
adik dan kekasihnya) dan Islam (yang diperkenalkan oleh Abdul Wahab dan
kekasih barunya Muhammad).

    Novel Maria akan menceritakan bagaimana ia menemui sebuah kebenaran
apabila berhadapan dengan ketiga-tiga pegangan tersebut. Buku ini serba
sedikit menyentuh bagaimana serangan licik yang dilakukan oleh Kristian dan
Aties dalam mempengaruhi masyarakat umumnya dan umat Islam khususnya.
Beliau menerima pelbagai cabaran dan dugaan yang amat perit. Orang yang
diharapkan membawa sinar Islam dalam hidupnya akhirnya mengkhianati
dirinya.

    Bagaimanapun Maria berjaya menghadapi semua ini dalam sebuah dunia yang
realiti. Bukan satu imiginasi penulis atau garapan yang dicampur adukkan
untuk menarik minat pembaca untuk membacanya.

    Sesungguhnya novel Maria bukan sekadar untuk bahan bacaan peminat novel
sahaja, malahan ianya perlu dibaca oleh segenap lapisan umat Islam. Kita
perlu sedar, gejala mengkafirkan umat Islam amat ketara sekarang ini. Dalam
sebulan sahaja telah berapa banyak yang berjaya dikafirkan. Semoga buku
Maria sedikit sebanyak dapat membantu umat Islam untuk menangkis serangan-
serangan yang akan digunakan oleh golongan kufar.

--- Boleh cari kat mana2 kedai buku kalau jumpa hehehe---
--- Bilangan terhad. Siapa cepat dia dapat---
--- Kalau stok habis, sendiri mau ingat---
---wassalam---

Untuk mendapatkan novel ini, sila hubungi
 
Khyrul Anuar bin Alias
email address : khyrul1@yahoo.com
Sila sertakan name penuh dan alamat anda untuk tujuan pos
Cara bayaran? Dapatkan buku dahulu kemudian bank-in duit ke akaun maybank. Mudah kan? tak percaya? hm..
 
*harga tidak termasuk kos penghantaran
1