RAMADHAN DATANG LAGI
JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN
4.00 pagi Bangun Berdoa kepad ALLAH dengan doa :
Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan
aku setelah DIA mematikan
aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan
sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil
wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.
4.20 pagi Solat Sunat Taubat Niatnya :
Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat
kerana ALLAH Taala.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas
Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon
ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.
Solat Sunat Tahajjud Niatnya :
Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat
kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun,
rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah
tangan berdoa kepada ALLAH.
Solat Sunat Hajat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah
rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali
dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.
Solat Sunat Witir
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa
kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta,
merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima
amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.
5.00 pagi Makan Sahur Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di
mulut.
5.30 pagi Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat.
Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di
tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.
7.00 pagi Membuat persiapan ke tempat kerja.
Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH
agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah
SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun.
Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan
rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah
DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.
10.00 pagi Sembahyang Sunat Dhuha Ia adalah sumber rezki yg berkat kalau
istiqamah diamalkan.
Niatnya :
Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana
ALLAH Taala.
Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran.
Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara
yg sia-sia.
Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang,
bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim
mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.
12.45 tgh Bersiap untuk solat Zohor.
Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai sembahyang
sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat
besar dapat menyembahNYA.
4.15 ptg Bersedia untuk solat Asar.
Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud syukurlah
setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH
yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.
5.30 ptg Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur Tanpa
berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm
diri kita !!!
6.30 ptg Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.
Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah
SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga",
merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.
Apabila masuk watu Magrib, Bacalah doa dan berbuka :
Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan
dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan manis
seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah,
setelah itu barulah makan makanan berat.
8.00 mlm Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.
Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana
fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya
baca dengan bertadarus ( berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain
menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali
sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali
dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)
11.00 mlm Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.
Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat :
Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan
puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAH Taala. ( JANGAN
LUPA!!!)
Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur:
Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yg
sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.