Selamat Datang ke Laman
|
BIMBINGAN MUKMIN
|
Adalah menjadi hasrat kami untuk menerbitkan keseluruhan kandungan Kitab Bimbingan Mukmin (Judul asal dalam bahasa Arab - Mau'izhatul Mu'minin min Ihya' Ulumiddin) dalam laman ini supaya dapat dicapai dengan mudah untuk tujuan rujukan secara on-line.
Namun, kami menggalakkan para pengunjung memiliki sendiri mana-mana terbitan/edisi naskah bercetak (kami cadangkan edisi terbaru Pustaka Nasional Pte Ltd Singapura) untuk dijadikan bimbingan hidup kita ke arah menjadi seorang mukmin.
Memandangkan ianya suatu usaha yang besar, kami membinanya secara beransur-ansur dan akan dikemaskinikan dari masa ke semasa. Insha Allah.
Walaubagaimanapun, usaha ini hanyalah kecil berbanding dengan apa yang telah dihasilkan oleh pengarang asalnya serta mereka yang telah berusaha menterjemah dan menerbitkannya pelbagai edisi sebelum ini.
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menyediakan laman ini.
Wassalam
|
|
Dikemaskinikan pada 06-Mar-2006.
Bilangan pelawat sejak 1 Feb 2003